Friday 4 December 2015

Obsesi Buku Mewarna untuk Dewasa

Assalamualaikum


Ha , kemahen tajuk macam tajuk artikel BH  pulak . Malam ni nak cerita la sikit , kalau anda yang baca entry ni perasan , sekarang ni negara kita tengah melanda "Obsesi terhadap Buku Mewarna ". Tapi yang version dewasa punya . Actually aku pun tak pasti kenapa digelar dewasa , mungkin sebab corak/pattern yang ada dalam buku tu bukan kartun tapi dia ala-ala mandala , nature , building dan corak-corak abstrak.


yang ini daripad Johanna Basford . Quite femes akak ni



haaa , yang ini karya daripada Kerby Rosanes , doodler terkenal di seluruh dunia dan boleh kata buku dia ni dah worldwide yang tersangat worldwide *famous*


Yang ini karya anak tempatan kita , abang Rizal Paperbag Head . Korang boleh dapat buku ini melalui FB beliau.

RIZAL PAPERBAG HEAD
Basically apa yang aku boleh kata tentang buku mewarna dewasa ni adalah , lukisan dia adalah TERSANGAT DETAIL ye kawan-kawan , jadi memang memerlukan kesabaran yang tinggi untuk mewarnanya tambahan lagi buku dia agak pricey so golongan dewasa ni kan mempunyai sumber kewangan untuk beli buku ni . Tapi ada je yang murah . Ikut selera masing-masing. Oh sebagai bukti yang lukisan buku mewarna ni TERSANGAT DETAIL meh aku bagi contoh yang terang lagi bersuluh


Nah tengok ni , kalau pensil warna korang tak tajam , comot la jawabnye buku mewarna korang . Kalau korang la , agak-agak berapa masa nak ambil siapkan mewarna satu page ni? komen kat bawah . Dan lagi satu , yang aku nampak ada di kedai stationary dekat tempat aku adalah buku Secret Garden daripada Johanna Basford , harga pun dalam RM 3.00 macam tu.


Tapi tak berbeli-beli lagi , keh keh keh


Tapi disebabkan aku ni jenis yang tak berapa gemar benda detail-detail ni , aku decide untuk lukis sendiri ikut citarasa aku dan aku warna sendiri . Maka terhasilah Diy Buku Mewarna ! *tepuk tangan*


Ini yang lama punya dan apa yang mengejutkan ialah aku tak siap lagi warna yang ini T_T

Antara yang siap aku warna adalah salah satu #projekA4 yang aku buat masa ketiadaan sketch book . Tapi , baru-baru ni aku lukis lagi satu Diy buku mewarna dan doakan supaya akan siap diwarna. Haha



ini yang latest dan akan diwarna.

Jadi jumpa next entry la , dan tengok aku berjaya siapkan atau tidak , tapi kalau korang nak tengok update yang lebih cepat boleh follow instagram aku @zakie.azid . Gambar selfie takdalah. Dan insyaALLAH kalau aku rajin *KALAU* aku akan bagi free template yang aku lukis ni untuk korang print dan mewarna sekali . Yeay!



1 comment:

  1. wow tak sangka abg rizal paperbag head ada buat buku mewarna. dah lama tak singgah blog dia. btw pandai gila zakie color! lawaaa <3

    ReplyDelete