Sunday 24 August 2014

suka-suka jadi kerjaya

Assalamualaikum



"Dulu saya buat benda ni suka-suka je , alhamdullilah sekarang dah jadi satu sumber pendapatan saya"


Korang mesti pernah dengar kan ayat kat atas tu , dan perkara tu sekarang terjadi pada aku . Kalau aku di sekolah , hampir setiap masa aku bersama buku sketch , so bila pergi pusat sumber atau ada masa free , aku akan melukis , doodling dan lain-lain . 

Bila aku buat segala-segala benda tu , kawan-kawan akan memerhati , sebab sambil-sambil bersembang dengan depa , sambil tu tangan aku melukis . Jadi selalulah kawan-kawan aku tanya , :apa kau lukis tu" aku pun cakap "doodle" . Semua jadi tercengang and it was like "what is doodle ha?" aku yang melukis pun jadi bingung nak jawab apa benda doodle ni . Kadang-kadang tu ada yang jenis suka memerli , suka terjerit-jerit doodle..noodle...doodle...noodle . 


Tapi aku cuma diamkan diri dan terus melukis , sampailah satu hari ada budak perempuan kelas aku , minta lukis nama dia pastu ada doodle-doodle sekeliling nama tu . Aku pun yang tengah tunggu masa untuk lisan bahasa melayu , terus terima tawaran tu dan lukis , dan tak sangka esoknya dia minta lagi doodle nama pada kertas saiz A4 dan "kau buat la , "nanti aku bayar " . Syukur sangat bila ada orang sedar yang seni doodle ni sangat-sangat berharga . Semenjak tu , aku ada la jugak terima tempahan doodle name dari kawan-kawan aku dan entry kali ni , aku nak tunjuk first commision aku . Tapi aku bukanlah sampai jadi kerjaya , sebab aku masih belajar .




















Terima kasih sangat - sangat kepada kawan-kawan aku yang sudi tempah doodle name dengan aku . Lain kali order lagi ye ^_^


Assalamualaikum

P/S : Mood nak exam trial PT3 . wish me luck !!

1 comment:

  1. cantik sngt zaki buat. berbakat. asah lagi bakat tu ye dik. msti suatu hari leh jd lagi hebat. :)

    ReplyDelete