Thursday, 13 July 2017

UNI LIFE | How it's gone so far ?

Assalamualaikum

Hai semua ! fuh bukan main lama lagi aku tak update blog ni . Last entri pun masa bulan 5 haritu . Seperti yang sedia maklum *eceh ada ke yang tahu * aku baru sahaja melanjutkan pelajaran ke menara gading *gitoh* Jadi how it's gone so far?



Bagi yang tak tahu or buat-buat tak tahu *lol* aku sambung belajar di UiTM Seri Iskandar di dalam kos Grafik dan Media Digital . Alhamdullilah rezeki dapat sambung belajar dalam bidang yang minat dari dulu lagi dan dapat belajar dekat dengan rumah . Every weekend boleh balik *haha* . Tapi aku taklah balik tiap-tiap minggu . Kalau duduk rumah assignment tak bersentuh. Banyak perubahan yang berlaku semenjak aku sambung belajar cuma tulah berat badan je tak berubah-berubah dari dulu HAHA.


Enviroment

Enviroment adalah sangat sesuatu yang berbeza bagi aku . First of all aku tak pernah tinggal di asrama jadi untuk kali pertama ni agak gementar takut kalau tak dapat adapt kan , tapi alhamdullilah everything went well as planned . Suasana di universiti sangat berbeza dengan dekat rumah . Kalau dulu celik mata tengok nampak mak ayah , tapi sekarang roomate tu ha la duk ngadap hari-hari . Alhamdullilah UiTM SI punya suasana sangat nyaman di WAKTU PAGI dan WAKTU PETANG sahaja ye . Tengahari panas lit lit orang kata . Fasiliti di sini juga semuanya lengkap jadi tiada sangat masalah . Tempat makan pun bersepah-sepah ada dimana-mana . Cuma ada duit ke tak dengan rajin je nak pergi beli *sebab aku malas* 


Social Life

Haa , bila dah dekat menara gading ni adatlah berjumpa dengan kawan-kawan yang berlainan negeri . Ada dari selatan , timur , barat semua . Aku bersyukur juga roomate aku adalah roomate yang baik-baik walaupun ada flaw memasing tapi itu kita letak tepi . Bagi kawan kelas pulak pun sama semuanya baik-baik belaka . Mostly kawan kelas aku majoriti orang perak cuma berlainan tempat . Tapi apa yang menyedihkan *over sikit* aku tak dapat kawan kelas orang dari pantai timur boh . Mungkin next sem nanti ada HAHA . Ada orang kata bila masuk U ni lah kita nak berpasang-pasangan . HAHA.. aku? belum lagi kot . Agak menyedihkan ye semua bila people potraying masuk U je kena ber-boyfriend atau ber-girlfriend . Infact dekat sini ramai je dah yang part 1 sama dengan aku dah berpasangan *I will not judge them* tapi personally bagi aku my journey is way too long and a lot more for me to explore jadi aku taknak "berpasang-pasangan" menggangu tumpuan aku di alam U ni . 


classmate aku <3

Finance 

Bab ni pun seronok untuk dibincangkan kan? Bila di Universiti ni pergurusan wang tu macam the most important thing untuk difikirkan *lain la kalau kau anak dato kan gituh* dekat sini aku ada lah jugak beberapa kali tersungkur membeli benda-benda yang tak berfaedah *macam korang tak pernah* haha . Tapi kebanyakkan nya MAKANAN . ye ye aku tahu , apa yang tak berfaedahnya dengan makanan kan? masalahnya aku dah makan , pastu satgi beli makanan lagi . Tulah masalahnya *tu pasal gemok* InsyALLAH akan diperbaiki sikap tu . Tambahan lagi kos aku ni banyak pakai duit . Tanya mana-mana senior pun semua cakap duit tu simpan-simpan sikit sebab banyak nak guna dekat projek , assignment etc . 


Time Management

Bila dekat U ni korang akan buat keputusan semua sendiri . Jadi bila macam ada niat nak ponteng kelas tu fikir-fikirlah mak ayah dekat rumah yang biayai kos kita belajar semata-mata nak tengok kita berjaya dapat segulung diploma . Sebab kalau kita nak ponteng tu memang boleh sebab bukan ada sesiapa pun nak halang .  Macam masa pula , buat masa ini , seluruh UiTM di Malaysia ada buat program Minggu Interim untuk pelajar baru dimana kitaorang belajar subjek minor seperti Fundamental of Islam dan English . Jadi lepas habis Interim tu baru mula belajar subjek kos masing-masing . Jadi masa tu tak adalah packed sangat . Tapi macam sesi group project punya disscusion tu adalah jugak walaupun sikit . 

Appreciation Post *cewah*

ha ni bersama girls dalam group assignment aku . Masing-masing gilo dan masuk air . tutup salam

Aku bersyukur sangat dapat ahli group assignment yang membantu macam diaorang ni . Memasing berfungsi , dan yang penting memasing aku selesa nak berkawan . Terutama yang kaki angkat tu , rasa macam nak sepak-sepak tengok perangai dia HAHA 


Rasanya itu je kot yang aku nak share dengan korang setelah bersawang blog ni . InsyAllah aku akan cuba update blog ni sekerap mungkin lagi-lagi kalau ada event best dekat dalam kampus . Assalamualaikum and bye peeps!


1 comment:

  1. Bestkan masuk u, belajar sungguh-sungguh tau! Azwar dah nak habis dahh.. ;)

    ReplyDelete