Thursday 13 September 2012

Belajar ...?? masih gagal

Asslamualaikum 


Salam hari khamis semua . Banyak individu yang mempersoalkan tentang "Aku dah belajar sungguh-sungguh tapi result aku tetap failed gak!!" Ramai bercakap sebegitu tapi bagi zakie usaha tangga kejayaan jadi kenalah rajin berusaha.


ini contoh result seseorang yang dah study hard tapi keputusan tak memuaskan.


Dipetik daripada I Luv Islam , setiap manusia mempunyai tahap kesabaranya tersediri tetapi dalam bab belajar ni kita kena kuat berusaha kerana Allah itu maha Adil kepada hambanya . Pasti akan ramai terfikir sejenak " kenapalah bukan time form 1 aku sedar yang aku tidak berusaha selama ni !!" Tapi pecayalah hakikatnya saat kita berputus asa itulah waktu kita benar-benar gagal dalam bidang yang kita ceburi.


Ingatlah juga bahawa setiap ujian Allah itu adalah qada dan qadar yang ditentukan oleh Allah.Setakat

  ini zakie tak pernah tengok lagi pelajar yang study hard dan study smart dalam peperiksaan yang diambilnya.Sesungguhnya Allah ingin melihat kegigihan hambanya dalam mencapai sesuatu yang dikehendakinya . 



Cuba korang muhasabah diri balik dan fikir kenapa Allah menguji kita dengan perkara yang kita tidak suka?? cuba fikir-fikirkan dan korang akan dapat jawapanya . Cuba korang bayangkan kalau Thomas Edison Fedup untuk menghasilkan mentol.....Dunia ni akan gelap ooo!!!  Minta sangat korang ubah mind setting korang bahawa Allah itu maha adil . 


Apa yang penting ialah kita mestilah bersyukur dengan apa yang sudah kita perolehi dalam dunia ni . Terimalah dengan hati terbuka dan lebih berusaha untuk mendapat keputusan atau natijah yang lebih baik pasa masa hadapan . Jangan mudah putus asa dan Lebih baik gagal setelah berusaha sedaya yang mampu daripada langsung tidak berusaha.


Sentiasalah berdoa kepada Tuhan agar diberikan kekuatan untuk meneruskan perjuangan dalam kehidupan ini and diberi kejayaan di akhir usaha yang telah kita lakukan kerana Tuhan itu Maha Besar dan lagi Maha Adil. Ingatlah satu pepatah 

" What You give, you get back "


"Kejayaan tidak akan bergolek, maka perlu pada usaha untuk mendapatkannya"

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Daripada surah Al-Baqarah ayat 195


"Dan belanjakanlah (apa yang ada pada kamu) kerana (menegakkan) agama Allah, dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan (dengan bersikap bakhil); dan baikilah (dengan sebaik-baiknya segala usaha dan) perbuatan kamu; kerana sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berusaha memperbaiki amalannya (berbuat baik)."


2 comments:

  1. hehe kgagalan buat kita maju :) akak masa PMR teruk gila result tapi gagal buat kak maju. form 4 n 5 kak top 1 dalam klas tau :) gagal ni buat kita sedar n akan brusaha lbih :)

    ReplyDelete